Resepi Kek

Apam/Kek Kukus Marmar

>>Sodap nampaknya kek ni,simple pulak buatnya.

Bahan-bahan:
 ( Tin berukuran 10 inci )
250 g tepung berserbuk penaik
200 ml santan
200 g gula halus
2 biji telur Gred A
1 camca teh vanila esen
1 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara-cara Membuatnya:
Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat .Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 – 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

Kek Mentega Pelangi

Bahan-bahan :
250 gm mentega
220 gm gula kastor
220 gm tepung kek
4 biji telur A
1 sudu teh serbuk penaik
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
Cara Membuatnya :
1. Griskan tin pembakar bulat berukuran inci dan lapik kertas serap minyak.
2. Satukan mentega dan gula lalu dipukul hingga gebu dan putih.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.
4. Ayak tepung dan serbuk penaik. Masukkan dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu cair.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan merah, hijau dan kuning.
6. Mula-mula masukkan 1 senduk warna hijau ditengah-tengah tin.Kemudian tuangkan 1 senduk warna kuning diatas hijau tadi dan kemudian warna merah.Ulangi proses hingga habis adunan digunakan. Ratakan adunan agar memenuhi tin.
7. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
8. Bakar kek selama sejam hingga masak.

Kek Lapis Pandan (Pandan Layer Cake)


>> Kek Lapis Pandan yang dihiasi krim segar

>> Rupa kek yang telah dipotongBersua kembali.Hari ini Kak Ani masukkan resipi Kek Lapis Pandan dari Chef Daniel. Terdapat berbagai versi Kek Lapis Pandan.Kalau resipi Kak Ani, boleh rujuk buku Variasi Kek Lapis, siap dengan step by step sekali. Resipi Chef Daniel ni sedap tapi kurang manis dan kurang rasa pandan.Kalau nak tambah boleh adjust sendiri bahan-bahannya. Untuk kek asas iaitu Kek Span Pandan, boleh rujuk posting yang lalu di bawah label kek. Cuma tambah pes pandan sebagai perisanya.
Bahan-bahan :
1 biji kek span pandan bersaiz 9 inci
Bahan Kastad:
1000 gm air
125 gm gula
5 helai daun pandan,disimpulkan
110 gm susu cair Carnation/Ideal
2 gm mentega (sedikit saja)
1 1/2 sudu teh jeli segera (instant jelly)
85 gm tepung Hoen Kwee (hijau)
50 gm santan serbuk (segera)

Cara Membuatnya :
1. Kek span dihiris 3 lapisan. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan diatas ke dalam sebuah periuk.
3. Kacau diatas api sederhana hingga pekat dan mendidih. Angkat.
4. Sediakan tin springform atau loose tin bersaiz 9 inci.
5. Masuk lapisan kek pertama.Ia perlu kecil sedikit dari tin.Jika besar potong tepinya.
6. Ambil satu cawan kastad dan tuangkan diatas dan kelilingnya. Ratakan.
7. Buat lapisan kedua dan ketiga.Habiskan kastad. Biarkan sejuk baru masuk petiais.
8. Sejukkan kek 5 jam dalam peti ais sebelum dipotong.
9. Hiaskan mengikut citarasa anda.

Tips:
1. Mentega bertujuan untuk kilatkan kastad.
2. Pandan boleh diblend dengan sedikit air.
3. Boleh guna santan segar (250 gm santan, air jadi 800 gm)
4. Tin springform boleh dibuka di tepi.Loose tin boleh dibuka dari bawah.Perlu guna tin jenis ini supaya kek mudah dikeluarkan.
5. Kek perlu disejukkan pada suhu bilik sebelum masuk peti ais.

Kek Tiramisu Asas

Resipi : Jason McDonald ,www.heavenlytiramisu.com

Bahan-bahan :
6 biji kuning telur
1/2 cawan gula kastor
2 sudu besar pati badam (optional)
1 cawan sirap kopi
360 gm (1 pound) mascarpone/ricotta atau krim keju
1 1/2 cawan krim putar
24 keping kek span ladyfingers
coklat parut/koko untuk hiasan
Cara Membuatnya :
1. Pukul kuning telur hingga kembang – 5 minit.
2. Masukkan setengah cawan sirap kopi dan pati badam.
3. Pindah ke periuk double-boiler dan kacau dengan pemukul telur selama 7 minit hingga pekat.
4. Pukul keju hingga lembut dan masukkan ke dalam adunan telur.
5. Pukul krim putar dan masukkan ke dalam adunan diatas. Kacau hingga sebati.
6. Susunkan ladyfingers dalam bekas kaca atau acuan tin berukuran 11×7 inci.
7. Sapukan baki sirap kopi keatas ladyfingers itu agar ia lembap. Ratakan 1/2 adunan krim keju.
8.Ulangi proses dan bahagian atas ialah krim keju.
9. Taburkan koko dan hiaskan dengan coklat hiris.Tutup bekas itu dengan plastic wrap dan sejukkan 3 – 4 jam atau semalaman sebelum dinikmati.
Membuat sirap kopi:
1 cawan air panas
3 sudu besar kopi segera Nescafe
2 sudu besar coffee emulco/pes kopi
6 sudu besar gula
– Kacau semuanya hingga larut

Kek Sifon Pandan

Bahan-bahan :
(A)
150 gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh pes pandan
125 gm gula kastor
7 biji kuning telur
75 gm minyak masak
75 gm pati santan(B)
7 biji putih telur
125 gm gula kastor
1/4 sudu teh serbuk krim tartar
Cara Membuatnya :
1. Sediakan sebuah acuan kek sifon berukuran 24 cm.Tak perlu digriskan.
2. Ayak tepung kek bersama serbuk penaik dan soda.
3. Satukan semua bahan A dalam sebuah mangkuk pengadun. Gaul perlahan-lahan dengan senduk kayu hingga semuanya sebati. Jangan gaul terlalu lama.
4. Satukan bahan B dan pukul kelajuan sederhana hingga gebu dan kental.
5. Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan A. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius. Bakar selama 45 minit hingga masak.
7. Keluarkan kek dari ketuhar dan telangkupkan acuan supaya permukaan kek tidak mendap.
8. Setelah 10 minit, terbalikkan semula kepada kedudukan asal. Lorekkan pisau pada keliling acuan dan keluarkan kek. Sejukkan sebelum dipotong.

Kek Brownies Kukus

Bahan-bahannya :

(A)
120 gm coklat masakan
170 gm minyak masak
(B)
130 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
(C)
5 biji telur
200 gm gula kastor
10 gm ovalette
1/2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar susu pekat manis

Cara Membuatnya :
1. Cairkan coklat masakan di dalam periuk secara double-boiler. Apabila coklat telah cair, masukkan minyak masak dan gaul sebati. Angkat dan sejukkan.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik.Ketepikan.
3. Satukan telur, gula dan ovalette dalam mangkuk pengadun dan putar hingga pekat dan gebu.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi diikuti dengan coklat cair yang telah sejuk. Gaul sebati. Masukkan esen vanila dan susu pekat.Gaul rata.
5. Sediakan tin bulat 8 inci digriskan dan lapik kertas serap minyak.
6. Tuangkan adunan dan kukus 45 minit hingga masak.Tutup periuk kukus dengan tuala nipis agar air wap tidak menitik pada kek.
Coklat Ganache :
100 gm susu segar/UHT
300 gm coklat masakan, dicincang kecil-kecil
30 gm mentega
Cara Membuatnya:
1. Panaskan susu hingga mendidih.
2. Padamkan api dan masukkan coklat masakan.Kacau hingga coklat cair.
3. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga ia sebati.
4. Sejukkan 2 jam supaya ia pekat dan tuangkan atas kek. Hiaskan.

Japanese Cotton Cheese Cake

Bersempena dengan topik cotton cake beberapa hari ini , saya tampalkan resipi Japanese Cotton Cheese Cake yang selalu juga saya buat untuk hidangan keluarga. Jika kek ini dibuat dengan betul, ia akan jadi lembut , gebu dan mempunyai lubang-lubang udara yang halus. Jika ada yang tak kena, ia akan jadi padat dan tak berapa naik. Tetapi masih sedap dimakan seperti kek keju yang lain.Selalunya kek ini jadi rebutan anak-anak. Belum sempat dimasukkan dalam peti sejuk, dah habis separuh. Kek ini enak dimakan sejuk bersama inti blueberi.
Bahan-bahan :
(A)
70 gm gula halus
6 biji putih telur A
1/4 sudu teh serbuk krim tartar
(B)
250 gm krim keju
50 gm mentega
6 biji kuning telur A
100 ml susu segar
1 sudu besar jus lemon @ 1/2 sudu teh pes lemon
70 gm gula halus
(C)
80 gm tepung superfine/kek

Cara Membuatnya:
1. Krim keju dipotong kecil dan masukkan ke dalam periuk kecil bersama mentega, gula dan susu. Cairkan secara double-boiler dan kacau hingga adunan menjadi likat. Masukkan kuning telur dan jus lemon. Kacau sebati.
2. Angkat dari api dan masukkan tepung. Pastikan adunan masih hangat.
3. Pukul putih telur, gula dan krim tartar hingga gebu dan kental. Apabila dicolek dengan jari,adunan masih berekor. Jangan terlalu keras kerana ia akan kering.
4. Alihkan adunan pes tepung ke dalam bekas lebih besar. Masukkan putih telur sedikit-sedikit dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
5. Sediakan tin pembakar bulat berukuran 9 inci atau 10 inci. Griskan dan lapik kertas serap minyak.
6. Tuangkan adunan dan bakar secara water-bath.Sediakan dulang lebih besar dan masukkan air 1/3 penuh. Letakkan tin kek atasnya. Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 170 darjah celcius.
7. Bakar selama 1- 11/2 jam hingga masak. Untuk menguji kek masak, cucuk dengan lidi. Jika masih melekit, bakar semula hingga masak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: