Kek Lapis Jentayu


Kek Lapis Jentayu

BAHAN  INTI: (A) 

16 biji kuning telur gred A

4 biji putih telur

270 gm gula kastor

200 gm tepung hong kong

1 sudu besar ovalatte

1 sudu kecil sodium benzoate

BAHAN B:  

500 gm mentega

5 sudu besar susu pekat manis

50 gm kaya

BAHAN C: 

Golden churn butter (untuk sapu lapisan)

Sedikit jem untuk melekatkan inti

CARA MENYEDIAKAN: 

1. Pukul bahan A hingga kembang.

2. Dalam bekas yang berasingan pukul bahan B hingga sebati dan kembang.

3. Satukan adunan, gaul rata.

4. Bahagikan adunan kepada lapan bahagian. Setiap  adunan bahagian seberat 180 gm.

5. Masukkan pewarna dan bakar selapis demi selapis hingga masak.

6. Apabila masak tekan  dengan penekan zig-zag.

7. Setelah masak  sejukkan dan potong tiga segi (cutter 4/4)

PESAN SAJI: Pewarna peach, biru, blueberi emulco, esen pandan dan hijau.


BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS DAN BAWAH:

BAHAN A: 

12 biji kuning telur

6 biji putih telur

200 gm tepung hong kong

250 gm gula kastor

1 sudu kecil ovalatte

BAHAN B: 

450 gm mentega

4 sudu besar susu pekat

1 sudu besar kaya

BAHAN C: 

Sedikit pewarna biru

CARA MENYEDIAKAN: 

1. Putar bahan A hingga kembang dan dalam bekas berasingan putar bahan B hingga kembang dan rata.

2. Satukan adunan dan gaul hingga sebati.

3. Bahagikan kepada dua adunan. Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan pewarna biru.Masukkan ke dalam piping bag.

4. Sediakan acuan dan bakar selapis demi selapis, setiap lapis paipkan warna biru.

5. Setelah selesai satu adunan susun inti dan bakar lagi selapis demi selapis.

PESAN SAJI: 

Acuan saiz 8 1/2 x 8 1/2 x 3 1/2 = 1 acuan  (untuk lapisan atas dan bawah)

Acuan saiz 8 1/2 x 8 1/2 x 2 1/2 = 1 acuan dan penekan zig zag.

Pemotong saiz 4/4 untuk inti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: