Strawberry Cheese Cake

BAHAN-BAHANNYA 🙂
500 gram cream cheese
50 gram gula halus@gula kastor
250 ml whipping cream
5 bijitelur, gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
1 1/2 camca teh strawberry emulco
100 gram gula halus@gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar (boleh ganti dengan jus lemon)
350 gram strawberry segar**
Gula ikut tahap kemanisan (mat guna dalam 2 camca besar)**
1/2 cawan air**
1 camca teh jus lemon (optional)**
** Bahan2 ni saya tak guna sebab guna ready made strawberry filling ja…

CARA MEMB UATNYA 🙂

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser acuan spring-form berukuran 9 inci dengan mentega. Balut luar tin dengan aluminum foil. Asingkan 5-6 biji strawberry untuk hiasan dan 4-5 biji lagi didadu. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese hingga lembut, tambah 50 gram gula halus dan putar lagi hingga sebati, masuk whipping cream dan putar rata. Tambah kuning telur satu persatu, pada kelajuan sederhana, masukkan tepung dan masukkan strawberry emulco, putar sebati. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pemutar yang kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar atau lemon jus, putar hingga kental.
  4. Gaulkan putih telur tadi dalam no. 2 secara kaedah kaup balik, hingga rata dan masukkan strawberry yang didadu, gaul rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan. Bakar dalam oven menggunakan kaedah “water-bath”, iaini dengan meletak tin kek tadi ke dalam loyang dan tuang air panas kurang lebih 1 cawan. Bakar selama 1 jam 30 minit, atau hingga masak.
  5. Kek akan mengecut sedikit bila masak. Sejukkan dalam peti sejuk 3-4 jam (mat sejukkan semalaman), keluarkan dari tin dan hias dengan strawberry jam dan belahan buah strawberry segar…
  6. UNTUK STRAWBERRY JEM :- Baki strawberry tadi dicuci, kerat kecik dan letak dalam periuk bersama gula secukup rasa (mat letak dalam 2 camca besar) dan juga jus lemon serta 1/2 cawan air. Masak hingga mendidih dan kecilkan api, terus memasak sambil dikacau hingga pekat. Biar kan sejuk. Kalau nak pekat boleh tambak sedikit bancuhan tepung jagung, tapi mat tak letak pun..sebab naturally nanti dia jadi sedikit pekat…Step ni saya tak buat…guna readymade strawberry filling..

Bahan-bahan:

  • Biskut butter atau coklat
  • 1 sb butter
  • 2 bungkus Philadelphia (1 bungkus=250gm)
  • 1/2 cawan gula icing
  • 2 biji telur
  • 1sk jus lemon segar
  • 1/2 sk hirisan kulit lemon
  • 1/2 sk esen vanilla

Cara-cara:

  1. Biarkan philadelphia pada suhu bilik seketika
  2. Blend biskut hingga hancur
  3. Campurkan butter dengan biskut sehingga boleh digumpal
  4. Ratakan base dalam loyang berukuran 8 inci. Letak kertas minyak terlebih dahulu.
  5. Panaskan oven pada suhu 160 degree
  6. Pukul philadelphia bersama gula, esen vanilla, jus lemon dan hirisan kulit lemon hingga sebati. Pastikan anda menggunakan kelajuan minimum.
  7. Masukkan telur sedikit demi sedikit, pukul hingga sebati.
  8. Masukkan bahan tadi ke dalam loyang.
  9. Bakar pada suhu 160 degree selama 55 minit.
  10. Kemudian biarkan dalam oven selama 30 minit. Pintu oven perlu dibuka sedikit.
  11. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biar sehingga 3 jam

P5220816                  

Bahan2 (untuk loyang 4×4):

225g mentega
125g gula halus
4 biji telur Gred A
150G tepung superfine/tepung kek
1/4 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanila
250g aiskrim vanilla
1/2 sudu teh ovallete
Pewarna pink,hijau,biru,merah

Cara2:


Putar gula & ovallete. Kemudian,masukkan mentega & putar hingga kembang hingga kembang. Masukkan telur satu persatu, esen Vanilla & susu pekat. Kemudian masukkan tepung halus sedikit demi sedikit.Lepas tu masukkan aiskrim tu. Gaul rata. Bahagikan kepada kaler pink, hijau & merah+biru..atau apa2 jer kaler yg anda suka!

Lengserkan loyang dgn mentega. Alas dgn baking sheet.Masukkan 4 sudu setiap layer & bakar dgn api panggang (api atas).Bakar sehingga siap.

more information go to : http://sudipkayu.blogspot.com/search/label/kek

Bahan Dasar:
  • 200gm biskut oreo – di buang krimnya
  • 50gm mentega cair

Bahan Filing:-

  • 750 gm keju krim
  • 130 gm gula kaster
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 3 biji telur
  • 200ml whipping krim
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 15 keping biskut oreo di patah 4 – di buang krimnya

#Acuan springform 4.5″ @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8″ menghasilkan satu biji.

Cara-cara:-

  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5″ sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Ambil 1 cawan penuh krim keju (*untuk mini cheesecake) dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. (*anak dara akak rajin nak drizzle atas ciskek tuh..hehe, suka2 dia jek)

Bahan-bahan:

1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula perang
1 cawan susu perisa coklat
1 cawan minyak
¾ cawan serbuk koko
½ cawan susu pekat manis
3 biji telur

Cara Penyediaan:

Panaskan kukusan.

Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.

Satukan gula perang, susu coklat, minyak dan serbuk koko dalam sebuah periuk kecil. Panaskan atas api kecil sambil dikacau sehingga semua bahan larut. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. Sementara itu, pukul telur hingga kembang.

Tapis campuran coklat ke dalam mangkuk adunan. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul. Kacau hingga mesra. Seterusnya masukkan campuran tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang 8” yang telah digris dengan minyak atau dilapik kertas minyak. Tutup loyang dengan kerajang aluminium untuk elakkan air dari wap kukusan masuk ke dalam kek.

Masukkan Loyang ke dalam kukusan dan kukus selama satu jam.

Tutup api, keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Kek Gulung Kasih

bahan-bahan :

  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
  9. Gulung kek dengan kemas.
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/03/kek-gulung-kasih.html#ixzz1JrOW57kA
Under Creative Commons License: Attribution

Apam polka dot

Bahan-bahannya:

3 biji telur sejuk dari peti ais
275 gm tepung gandum + 3 sudu teh baking powder = diayak sekali
1 sudu kecil ovelette 
220 gm gula halus
150 ml susu segar
inti : blueberry . strawberry atau apa2 saja
1 sudu esen vanilla
pewarna ikut citarasa

cara -caranya: 

1. pukul telur putih sampai kembang
2. kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla – pukul sampai kembang lagi.
3. pastu masukkan gula..pukul sampai kembang lagi.
4. masukkan tepung + baking powder selang seli dengan susu (masa ni kacau dengan senduk je.. bukan dengan mixer.
5. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna

6. masukkan setiap warna dlm piping bag @ plastik bersih
7. picit adunan ke dalam mangkuk kertas
8. letakkan inti – nak senang masuk dlm plastik pastu picit
9. picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh  kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
10. kukus 10-15 minit.

Marble Cream Cheese Cake


MARBLE CREAM CHEESE CAKE

Sediakan kek span coklat bulat 9″
(sila rujuk kepada resipi yang di bawah sekali)

(A)
500 gram krim keju
80 gram gula

(B)
300 gram susu segar
70 gram gula

(C)
3 biji kuning telur

(D)
3 sudu besar serbuk gelatin
150 gram air
* gelatin dan air disebatikan

(E)
250 gram krim putar

(F)
60 gram coklat hitam, dicairkan

Cara-caranya
1. Putar (A) sehingga lembut dan gebu.
2. Didihkan (B) dan tuang ke dalam (C) dengan perlahan. Kacau sehingga rata. Tapiskan dan masak di bawah api yang kecil dan kacau sentiasa. Masak selama 2 minit dan alihkan dari api.
3. Reneh (D) di atas air panas sehingga bahan larut. Tuang ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati.
4. Letakkan adunan di dalam air sejuk dan kacau sentiasa hingga sejuk (hampir 25 darjah C). Campurkan ke dalam (A) dan sebatikan.
5. Kaup dan balikkan (E) dan kacau hingga rata. Ambil 200 gram adunan dan campurkan dengan (F).
6. Potong kek menjadi 2 lapisan mendatar. Letak 1 lapisan kek di dasar acuan bulat berukuran 9″.
7. Tuang 1/2 bahagian inti keju biasa (seperti di gambar) dan 3/4 bahagian inti keju coklat ke atas kek.
8. Letak lapisan kek kedua di atas (seperti di gambar 3).
9. Tuangkan baki 1/2 bahagian inti keju biasa ke atas (gambar 4) dan ratakan. Kemudian masukkan inti keju coklat dalam beg piping. Paipkan lingkaran ke atas kek (gambar 5). Gunakan lidi untuk membuat corak marmar (gambar 6). Dinginkan semalaman.
10. Keluarkan kek dari lingkaran acuan dan sapu sedikit glis diatas. Sadurkan tepi kek dengan satu dengan satu lapisan krim putar yang nipis dan selaput dengan kepingan kacang badam goreng.

Kek Lapis Cheese
Sumbangan : Roziyati ResepiNet
Gambar : Roziyati ResepiNet

3 biji telur (putih dan kuning)
2 biji telur (kuning shj)
140 gm gula halus
1/2 sudu meja ovalette
(semua dipukul sampai betul2 pekat, angkat mixer, mixture tak jatuh)

125 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
(ayak – sebati)
50 gm air ais ( air sejuk dalam fridge)
(Tepung + baking powder gaul dalam mixture tadi diselangseli ngan air ais sampai habis)

200 gm butter (farmcows – disyorkan oleh Puan Roziyati)
125 gm cream cheese Philadephia
(Butter pukul sampai warna jadik putih dan masukkan cream cheese, pukul sebati. Campurkan ngan mixture kat atas tadi)

Panaskan oven @180C (api atas bawah). Acuan 7×7, alas bawah ngan tracing paper. Tak perlu gris acuan. Letak 4 sudu meja (atau 3 sudu meja kalau nak lapis lebih nipis.). Ratakan. Bakar 10 min (api atas sahaja). Ulang sampai habis.


Sumber Kak Liza

Bahan Base [boleh juga jika nak gantikan dengan kek span vanilla nipis]
200 gm biskut cheese cracker [hancurkan]
3 s/b butter
2 s/b madu

Bahan Keju
250 gm keju krim Philidephia
60 gm butter
100 gm gula perang
3 kuning telur
1 s/k esen vanilla
3 s/b fresh atau whipping cream
1 s/b tepung gandum ]
2 s/b serbuk coklat ] ayakkan

3 biji putih telur [pukul sehingga gebu dan menjadi ringan]

Cara
1. Gaulkan semua bahan base dan tekan dalam acuan/loyang yg telah disapukan majerin.
2. Bakarkan dalam oven pada suhu 170’C selama 10 minit.
3. Campurkan krim keju, butter dan gula. Pukul sehingga gebu.
4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanila dan kacau.
6. Masukkan fresh atau whipping creanm dan kacau rata.
7. Masukkan tepung gandun dan serbuk coklat berselang seli dengan putih telur yg telah dipukul. Kacau rata.
8. Masukkan dalam acuan yg ada base dan bakar pada suhu 150’C selama 60 minit.
9. Bila telah masak, biarkan dalam oven sehingga sejuk.
10 Keluarkan dari oven dan parutkan kepingan coklat masakan dan potong dengan pisau yg telah dipanaskan.